Cara Kuruskan Badan Paling Berkesan
#1 Cuba Diet Rendah-Karbohidrat, Tinggi Protein
Praktikkan: Makan makanan yang rendah karbohidrat - sayur (bayam, karot, tomato) dan tinggi protein- daging, ikan, ayam, telur.
#2 Perhatikan Pengambilan Kalori (Tak Perlu Obses)
Cara Kiraan disini: http://www.twofoods.com/
#3 Minum Air, Terutama Sebelum Makan
Praktikkan: Minum dua gelas air setengah jam sebelum makan dan tidak kurang 8 gelas air sehari.
#4 Bersarapan Dengan Telur
Praktikkan: Makan tiga biji telur sehari terutama sewaktu sarapan.
#5 Minum Air Kopi (Tanpa Gula)
Praktikkan: Minum tiga cawan kopi setiap hari. Elakkan daripada menggunakan gula untuk 'memaniskan' kopi sebaliknya gantikan dengan stevia.
#6 Cara Kuruskan Badan: Teh Hijau
Praktikkan: Minum teh hijau (Boh, Lipton, Jasmine) setiap hari. Perah buah lemon untuk hilangkan rasa pahit teh hijau.
#7 Banyakkan Sayuran Dan Buah-buahan
Praktikkan: Makan banyak sayur (dua saiz penumbuk) setiap kali anda makan pagi, petang dan malam. Dan makan buah tidak lebih sebiji seha
#8 Katakan Tidak Pada Gula
Praktikkan: Jangan ambil gula lebih 150 kalori sehari bagi lelaki dan 100 kalori sehari bagi wanita
#9 Buat Sedikit Senaman Aerobik (Cardio)
Praktikkan: Lakukan senaman paling kurang sekali seminggu. Untuk hasil terbaik bersenam 3 kali seminggu (cth isnin, rabu, sabtu) dengan 30 minit setiap sesi.
#10 Tidur Dengan Cukup (8 jam Sehari)
Praktikkan: Dapatkan tidur 8 jam yang berkualiti setiap hari. Caranya, kemas tempat tidur supaya bersih dan selesa, gelapkan bilik, dan ambil wudhuk!
#11 Guna Pinggan Lebih Kecil
Praktikkan: Hidang makanan anda dalam pinggan yang lebih kecil.
#12 Banyakkan Protein (Best Tips Ever!)
Praktikkan: Makan baaaanyakk protein (dua saiz penumbuk untuk lelaki dan satu saiz penumbuk untuk wanita) setiap kali anda makan pagi, petang dan malam.
#13 Lupakan “Diet” dan Makan Secara Seimbang
Praktikkan: Lupakan mindset diet. Makan makanan berkualiti (sayur, daging, ikan) dan tinggalkan makanan yang diproses dari kilang.
Credited to: Web Stailoo